Assalamualaikum...
selamat datang ke blog Anati WafaQaireen...


Monday, November 21, 2011

Maksud Bacaan Di Dalam Solat

Doa Iftitah
 Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).


Bacaan Ketika Rukuk
 Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan Ketika Bangun Dari Rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan Ketika Iktidal
 Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan Ketika Sujud
 Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan Ketika Duduk Di Antara Dua Sujud
 Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, Kayakan daku, Angkatlah darjatku, Rezekikan daku, Berilah aku hidayah, Sihatkanlah daku dan Maafkanlah akan daku.

Bacaan Ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan Ketika Tahiyat Akhir
 Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu. Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu.


Doa Qunut
 Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Friday, November 18, 2011

RESEPI REBUNG GORENG SAMBAL


Assalamualaikum....
Emm... apa ya... hehe.. hari ni Qaireen nak kongsi resepi masakkan tok Qaireen. Masakkan ni kegemaran kami.. sepupu Qaireen yang kecik tu (5tahun) pon suka makan. Qaireen suka makan bersama nasi . kalo nak makan bersama dengan roti putih pon bleh.. alah dengan apa2 pon tak kisah.. Makan begitu saja pon ok gak. Tak da salahnya.. hoho.. 

Masakkan ni ada dua jenis. Satu yang pedas dan satu lagi tak pedas.. huhu.. sempoi ja masakkan ni. Tapi baby tak bleh la nak masak.. kui3.. >_< . sepupu Qaireen tu pon suka dua-dua.. tok, tok Qaireen nak kongsi resepi ni.. hehe..  Biaq pakat-pakat boleh merasa.. hehe.. Share is caring kata abang.

Hee... Ek eh dari tadi dok cerita bila nak bagitau resepi ni.. hehe.. Sorry___ hehe.. ok2.. mari2 kita mulakan.. dalam barisan cepat gerak p dapuq.. hehe.. senang ja mudah betoi.. cepat ambik belanga, periuk bagai.. 

RESEPI REBUNG GORENG SAMBAL





























Rebung
Sambal (cili boh tu paling segera, tapi Qaireen suka buat pes sendiri lagi best lg syiok)
Minyak masak
Bawang merah  3 ulas
Bawang putih 2 ulas
Garam secukup rasa
Cara2:
1: Mula2 rebus rebung tu
2: selesai rebus toskan dan biar tepi
3: Ambil kuali panaskan minyak, tumiskan bawang merah dan putih biar sampai kekuningan kemudian masuk rebung. Kacau sebati kemudian masukkan  sambal. Masukkan garam secukup rasa.. kalo pakai cili boh selepas bawang kekuningan masuk cili boh biar cili boh masak sedikit baru letak rebung...
4: Siap sudah.. mudahkan..

~ selamat  mencuba resepi ni.. sekali buat mesti nak buat lagi. Anda cuba anda dapat  makan.. cewah.. hehe.. macam pernah dengaq.. gambaq tak dapat nak upload sebab masa ni tak buat lagi.. hehe, gambaq bahan2 tu pon cedok ja.. hihi.. =p.. maaf la ya.. yang tak pedas tu tunggu.. coming soon.. hehe.. sekian . wassalam..

Thursday, November 17, 2011

PERJUANGAN KITA BERSANDARKAN???.. KERANA ALLAH...



PERJUANGAN KITA BERSANDARKAN???.. KERANA ALLAH...

Hidup adalah perjuangan yang panjang dan kita harus berusaha bersungguh-sungguh jika mahukan hasil yang terbaik. Namun memang benar dalam perjuangan tidak semuanya akan berjalan lancar. Akan ada rintangan yang menghalang yang kadang kala buat kita jatuh tersungkur dan menangis. Namun jika hidup ini kita sandarkan kepada ALLAH semata-mata kita pasti tidak akan lelah berjuang. Kita pasti tidak akan rasa penat dan kecewa andainya kita berdepan dengan dugaan dan cabaran. Ini kerana kita sedar setiap perlakuan kita persembahkan kerana ALLAH, bukan kerana manusia lain atau mengharapkan habuan dunia...

PERKARA WAJIB ,SUNAT, MAKRUH DALAM WUDUK




WAJIB,SUNAT DAN MAKRUH DALAM WUDUK
PERKARA WAJIB

• BERNIAT KERANA ALLAH
• MEMBASUH WAJAH
• MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA SIKU
• MENGUSAP KEPALA
• MEMBASUH DUA KAKI HINGGA MATA KAKI
• MELAKSANA DENGAN TERTIB


PERKARA SUNAT

• MEMBACA BASMALAH
• MEMBASUH TAPAK TANGAN TIGA KALI
• MENGGOSOK GIGI
• BERKUMUR-KUMUR
• ISTINSYAQ (MENGHIRUP AIR DENGAN HIDUNG) ISTINSYAR(MENGHEMBUS AIR DARI HIDUNG)
• MENYELAT-MENYELATI JANGGUT (BAGI LELAKI)
• MENCUCI ANGGOTA WUDUK TIGA KALI
• MENYELAT-NYELATI JARI JEMARI
• MENDAHULUKAN ANGGOTA KANAN
• MELEBIHKAN MEMBASUH ANGGOTA WUDUK
• BERDOA SELEPAS WUDUK


PERKARA MAKRUH

• BERWUDUK TEMPAT NAJIS
• MEMBASUH ANGGOTA WUDUK LEBIH DARI TIGA KALI : RASULULLAH BERSABDA “ BERWUDUK DENGAN BASUHAN TIGA KALI DAN SESIAPA MELEBIHI ITU ADALAH KEBURUKAN DAN KEZALIMAN (RIWAYAT NASAI’ AHMAD DAN IBNU MAJAH)
• BERLEBIHAN DALAM MENGGUNA AIR
• MENINGGALKAN SUNAT WUDUK
• BERWUDUK DENGAN AIR BEKAS WANITA. SABDA NABI “RASULULLAH MELARANG BERSUCI DENGAN AIR BEKAS MENCUCI WANITA” (RIWAYAT TIRMIDZI )
YANG MEMBATALKAN WUDUK
• BENDA YANG KELUAR DARI 2 LUBANG MANUSIA
• TIDUR NYENYAK (BERBARING) SEBAGAIMANA SABDA NABI” MATA ADALAH PENGIKAT APABILA TIDUR MAKA HENDAKLAH KAMU BERWUDUK.(RIWAYAT BUKHARI)
• GILA
• MENYENTUH KEMALUAN DENGAN JARI ATAU TAPAK TANGAN SEBAGAIMANA SABDA NABI ”SESIAPA YANG MENYENTUH ZAKARNYA (KEMALUAN) MAKA JANGANLAH IA SEMBAHYANG HINGGA IA BERWUDUK” (RIWAYAT TIRMIZI DAN IA DISAHIHKAN)
• MURTAD : ALLAH BERFIRMAN “ APABILA KAMU MENYEKUTUKAN ALLAH MAKA GUGURLAH SELURUH AMALANMU” (SURAH AZ ZUMAR:65)


YANG MENGHARUSKAN WUDUK

• SEMBAHYANG
• JANABAH
• HABIS HAID
• MEMANDIKAN JENAZAH
• PEREMPUAN YANG MUSTAHADAH


WUDUK-WUDUK SUNAT

• SETELAH MAKAN DAGING YANG KENA API (DIBAKAR ATAU DIMASAK) RASULULLAH BERSABDA “APAKAH KAMI HARUS BERWUDUK SETELAH MAKAN DAGING KAMBING?” RASULULLAH MENJAWAB “YA,JIKA MAHU” (RIWAYAT MUSLIM)
• KETIKA HENDAK MENGULANGI JIMAK
• DISAAT WUDUK BATAL(SELALU DALAM KEADAAN SUCI) WALAUPUN TIDAK SEMBAHYANG
• KETIKA HENDAK MEMBACA AL-QURAN

kisah tercipta & cinta Adam dan Hawa



KISAH TERCIPTANYA & CINTA ADAM DAN HAWA

Salasilah cerita itu ketika Adam A.S sedang tidur. ALLAH menciptakan Hawa dari tulang sulbinya. Setelah adam terjaga, tiba-tiba melihat seseorang disampingnya. Berlakulah dialog antara Adam dan Hawa.

ADAM: kamu siapa?

HAWA:Aku wanita.

ADAM: Siapa nama mu?

HAWA: Aku hawa.

ADAM: Untuk apa kau diciptakan?

HAWA: Agar engkau tenang disisiku.

Imam Qurtubi mengatakan bahawasanya malaikat pernah bertanya kepada Adam dan Hawa tentang rasa sayang. Berlaku dialog antara Malaikat, Adam dan Hawa

MALAIKAT: Adam apakah kau mencintai Hawa?

ADAM: Ya, aku mencintainya.

MALAIKAT: Hawa. Apakah engkau mencintai Adam?

HAWA: Tidak ( padahal dihatinya tersimpan rasa cinta berlipat kali
ganda dibanding rasa cinta Adam kepadanya.



Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam
Bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya
Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasannya
Melainkan dari sisinya untuk
Dijadikan teman hidupnya
Dekat pada lengan untuk dilindunginya
Dan dekat di hati untuk dicintainya....



Hawa diciptakan bukan diwaktu Adam terjaga tapi waktu terlelap seakan ia terbius agar tidak merasakan rasa sakit, sebaliknya dengan seorang wanita ia melahirkan darah dagingnya di waktu benar-benar terjaga, merasa sakit, tetapi tidak di pedulikan. Hawa mempunyai perasaan yang sangat dalam, penuh dengan kelembutan, sementara Adam takkan pernah boleh menahan rasa sakit yang dirasa Hawa. Adam pula diciptakan dari tanah, suatu benda mati yang padat dan keras .
Adam berinteraksi dengan cara keras seperti berinteraksi dengan benda mati(tanah). Hawa berinteraksi dengan roh,sesuatu yang hidup dan penuh perasaan. Wajar kalau dia menjadi seorang ibu, isteri dan ukhti. Demikian wanita dinamakan Hawa kerana diciptakan dari sesuatu yang hidup.

CONTOH RUTIN FITRAH




CONTOH RUTIN FITRAH
1. SOLAT DAN DOA

2. MAAFKAN SEMUA ORANG SEBELUM TIDUR
*ALLAH BUKA PINTU SYURGA, ALLAH TUTUP PINTU NERAKA, ALLAH BUKA PINTU REZEKI
*HATI AKAN MENJADI BERSIH
*MUDAH MASUK SYURGA
*OTAK AKAN TENANG
*SATU BADAN MENJADI SIHAT
*WAJAH BERSIH (COMEL)

3. TIDUR MENGIRING KANAN
*IKUT SUNNAH NABI *OTAK AKAN PANDAI *BADAN AKAN SIHAT *ALIRAN DARAH MENJADI BAIK *TULANG BELAKANG BAIK(TIDAK SAKIT BELAKANG) *TIDUR NYENYAK( 2JAM SUDAH PUAS)
4. BANGUN TIDUR SENYUM DAN DOA *SENYUM SELAMA 10 SAAT DENGAN IKHLAS *BADAN AKAN MENGELUARKAN HORMON BAHAGIA

5. BUANG AIR KECIL DENGAN BETUL *LELAKI DUDUK MENCANGKUNG TIDAK BAIK BERDIRI DAN BERDEHEM SEBANYAK TIGA KALI *PEREMPUAN URUT DARI PUSAT KE BAWAH TIGA KALI

6. BUANG AIR BESAR SECARA TERBAIK *BENGKOK BADAN KEKIRI MUDAH MEMBUANG AIR BESAR *SAMBIL SENYUM

7. SARAPAN DENGAN MAKA BUAH PISANG @BUAH-BUAHAN *NABI S.A.W SARAPAN DENGAN BUAH TAMAR 3 BIJI

8. MAKAN BUAH SEBELUM MAKAN NASI

9. SEBELUM MASUK RUMAH BACA BASMALAH 3KALI, BERI SALAM DAN LANGKAH KAKI KANAN *SYAITAN YANG BERADA DIATAS PINTU TIDAK AKAN TERJUN KE ATAS KEPALA *PENGHUNI RUMAH ITU AKAN DAMAI *ANAK AKAN DENGAR CAKAP *TIDAK ADA PERGADUHAN

10. YANG BAIK DILAKUKAN DI KANAN

Hari Jumaat Hari Silaturahim dan Pernikahan..




Anas Bin Malik r.a telah berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: (apabila ditanya orang tentang hari Jumaat)
“ Hari Jumaat adalah hari silaturahim dan pernikahan” Kemudian sahabat bertanya lagi. Mengapakah ya Rasulullah? Baginda menjawab “ Kerana Para Anbiya pada masa lalu melaksanakan pernikahan pada hari tersebut,”
Sebahagian ulamak pula telah menyatakan bahawa  perkahwinan telah berlaku pada para Aubiya alaihimus solatu wassalam dan auliya pada hari Jumaat iaitu:
• Perkahwinan diantara Nabi Adam a.s dengan Siti Hawa
• Perkahwinan diantara Nabi Yusuf dengan Zulaikha
• Perkahwinan diantara Nabi Musa a.s dengan Syafrawa
• Perkahwinan diantara Nabi Sulaiman a.s dengan Balqis
• Perkahwinan diantara Nabi Muhammad s.a.w dengan Siti Khadijah
• Perkahwinan diantara Saidina Ali Bin Talib Karramallhu Wajhah dengan Fatimah puteri Rasulullah